ANKARA: Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad.
Satu kenyataan kementerian menambah 78,018 orang lagi cedera dalam serangan itu.
"Serangan Israel mengakibatkan 29 orang maut dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas," lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan kementerian itu.
Ramai mangsa yang masih lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat masih tidak dapat menghampiri mereka, katanya.
Serangan Israel selama lebih enam bulan mengakibatkan banyak bangunan dan kediaman musnah menyebabkan 85 peratus daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal selain menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas. - Gambar fail/REUTERS
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Pantau Belanjawan: Memahami rasionalisasi subsidi dan kesan pada ekonomi
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
Pantau Agenda Reformasi: Hubungan Malaysia-China pada tahap tertinggi
Hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 5 dekad lalu menyaksikan kemajuan luar biasa terutama dalam hubungan diplomatik, perdagangan dan industri malah yang lebih penting hubungan rakyat dengan rakyat.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Tiga orang termasuk seorang anggota polis maut ditembak
Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di minneapolis, amerika syarikat pada khamis.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
Korban banjir di Brazil meningkat kepada 169 orang
Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,903 orang
Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain.
Jumlah korban tanah runtuh di Papua New Guinea terus meningkat
Jumlah korban akibat tanah runtuh di kawasan terpencil di utara Papua New Guinea meningkat kepada lebih 300 orang, kata seorang ahli parlimen pada Sabtu.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.